Juspay dan Sabre Mengumumkan Perjanjian Strategik untuk Mengubah Sistem Pembayaran Perjalanan

  • Kerjasama meletakkan asas untuk penyelesaian perancangan pembayaran generasi akan datang yang berskala besar di seluruh ekosistem perjalanan global.
  • Bersama-sama, kedua-dua syarikat berkenaan menyasar untuk menambah baik pengalaman pembayaran untuk pengembara dan pelancong – meningkatkan kelajuan, keselamatan dan kemudahan.

BENGALURU, India, 27 November 2025 /PRNewswire/ — Juspay, syarikat teknologi pembayaran global yang memberi perkhidmatan kepada perusahaan & bank, serta Sabre Direct Pay, bahagian Sabre Corporation, syarikat perisian dan teknologi terkemuka yang memperkasa industri perjalanan global, pada hari ini mengumumkan perjanjian global strategik bertujuan mengubah sistem pembayaran untuk perniagaan perjalanan dan pelanggan perniagaan itu. Kerjasama itu menggabungkan teknologi perancangan pembayaran Juspay yang terkini dengan rangkaian Sabre pada masa yang amat penting – tempahan dalam talian diunjurkan mencapai $1.2 trilion menjelang tahun 2026, menyumbang hampir 65% daripada semua transaksi perjalanan.

Kedua-dua syarikat tersebut menyasar untuk memodenkan sistem pembayaran perjalanan di seluruh dunia, memacu penukaran lebih tinggi, keselamatan yang dipertingkat dan pengalaman pelanggan yang unggul merentasi pasaran. Syarikat akan memperkasa saudagar perjalanan dengan keupayaan khusus mengikut sektor yang berskala besar – termasuk akses kepada kaedah pembayaran tempatan, pengaktifan pergi ke pasaran dengan lebih cepat, pembayaran rentas sempadan yang dioptimumkan, pengalaman daftar keluar yang lancar, enjin promosi pintar, penyelarasan yang diperkemas merentasi pelbagai sumber dan banyak lagi. Juspay juga akan menyepadukan penyelesaian tokenisasi dengan Sabre Direct Pay untuk meningkatkan keselamatan dan kecekapan pembayaran perjalanan, membolehkan syarikat penerbangan, hotel dan enjin tempahan memproses transaksi dengan lancar tanpa mengendalikan data kad yang sensitif.

Mengulas mengenai perjanjian tersebut, Sheetal Lalwani, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Operasi (COO) di Juspay, berkata, "Memandangkan pembayaran digital berkembang, pengembara dan pelancong menjangkakan pengalaman daftar keluar yang cepat, selamat dan lancar. Melalui kerjasama dengan Sabre Direct Pay, kami menyasar untuk membawa penyelesaian pembayaran yang pintar dan berskala besar ke ekosistem perjalanan global, membantu perniagaan membuka peluang baharu dan menyampaikan pengalaman yang unggul di seluruh dunia."

"Pembayaran perjalanan ialah tulang belakang keseluruhan ekosistem perjalanan. Di Sabre, kami mentakrifkan semula perkara yang berpotensi dengan menyatukan kelajuan, keselamatan dan skala global sebenar. Perjanjian kami dengan Juspay ialah langkah penting dalam menyampaikan penyelesaian perancangan khusus mengikut sektor yang menangani kerumitan dihadapi oleh syarikat perjalanan setiap hari – daripada kaedah pembayaran tempatan dan pematuhan kawal selia kepada penyelesaian berbilang mata wang dan transaksi segera yang selamat," kata Patricio Boccardo, Pengarah Urusan di Sabre Payments. "Kami sedang membina infrastruktur kritikal yang memperkasa agensi, syarikat penerbangan dan pembekal untuk beroperasi dengan lebih cekap dan yakin dalam setiap pasaran. Industri berkenaan memilih Sabre Payments kerana kami memberikan kadar penukaran yang lebih tinggi, bilangan kes penipuan yang kurang dan operasi kewangan yang diperkemas."

Bersama-sama, Juspay dan Sabre memperkukuh aliran pembayaran, memperkasa saudagar perjalanan untuk memperkemas operasi, mengoptimumkan penghalaan transaksi dan menyampaikan pengalaman pembayaran yang lancar dan selamat untuk pengembara dan pelancong di seluruh dunia.

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2753274/Juspay_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Sumber asal: https://www.prnasia.com/asia-story/archive/4833234_MS33234_6

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *