Blog

  • Lenovo Neptune Menggerakkan Sistem HPC & AI Paling Hijau dan Cekap di Dunia, dengan Penjimatan Penggunaan Tenaga sehingga 40%

    Lenovo Neptune Menggerakkan Sistem HPC & AI Paling Hijau dan Cekap di Dunia, dengan Penjimatan Penggunaan Tenaga sehingga 40%

    • Lenovo menduduki #1 dalam senarai Top500 Supercomputers dan Green500
    • Sistem Neptune mencapai sehingga 100% penyingkiran haba dan merekodkan PUE 1.1
    • Penyejukan berasaskan air suam beroperasi sehingga kira-kira 45 °C, menghapuskan keperluan untuk menggunakan air sejuk berpendingin

    PETALING JAYA, Malaysia, 28 Nov 2025 /PRNewswire/ — Lenovo hari ini mengumumkan pengembangan teknologi penyejukan cecair Neptune merentasi portfolio pusat datanya, sekali gus memajukan infrastruktur mampan untuk era AI. Direka khusus untuk memenuhi peningkatan keperluan pengkomputeran dan tenaga di pusat data moden, Lenovo Neptune membolehkan pelayan beroperasi dengan kira-kira 40% penggunaan kuasa lebih rendah berbanding sistem berasaskan udara, sambil mengekalkan prestasi konsisten dan mengurangkan impak terhadap alam sekitar.

    Lenovo terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam pengkomputeran yang cekap tenaga. Setakat November 2025, Lenovo berada di kedudukan nombor satu di kedua-dua senarai Top500 dan Green500, didorong oleh superkomputer berasaskan Neptune yang menawarkan prestasi bertaraf dunia bersama tahap kelestarian terbaik dalam industri.

    Pendekatan Penyejukan untuk Era AI

    IDC & Lenovo CIO Playbook 2025 menegaskan bahawa meningkatkan kemampanan kini menjadi salah satu keutamaan utama bagi perniagaan. Ketika organisasi mempercepat penerapan AI, pusat data menghadapi tekanan haba dan prestasi yang belum pernah terjadi sebelum ini akibat kepadatan pengkomputeran dan penggunaan tenaga yang meningkat pesat. Penyejukan berasaskan udara tradisional tidak lagi mencukupi untuk mengawal haba yang dihasilkan oleh sistem AI moden.

    Teknologi Penyejukan Air Langsung (Direct Water-Cooling, DWC) Lenovo Neptune menangani cabaran ini dengan mengalirkan air suam terus ke nod sistem bagi menyingkirkan haba daripada CPU, GPU dan memori. Berbeza dengan sistem air sejuk yang beroperasi sekitar 18 °C, Neptune membolehkan suhu penyejuk sehingga kira-kira 45 °C, menghapuskan keperluan penyejuk, mengurangkan pergantungan pada unit pengendalian udara, dan memastikan persekitaran haba yang stabil untuk beban kerja AI dan HPC.

    Berasaskan lebih daripada satu dekad inovasi dan ratusan paten, sistem Neptune generasi keenam menampilkan seni bina penyejukan berasaskan air yang canggih, direka untuk menyokong kepadatan rak yang lebih tinggi dan membolehkan operasi cekap tanpa memerlukan penghawa dingin khusus. Casis penyejukan cecair menegak baharu ini menyediakan pengkomputeran berprestasi tinggi dalam sistem kompak yang 100% disejukkan dengan cecair, menghapuskan keperluan kipas berkuasa tinggi dan mengurangkan penggunaan tenaga di seluruh pusat data.

    Memajukan Visi Bersih-Sifar Lenovo

    Lenovo terus maju dalam misinya untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang tahun 2050 (disahkan oleh Science Based Targets initiative (SBTi)), memacu pengurangan pelepasan jangka panjang melalui penggunaan tenaga boleh diperbaharui, reka bentuk produk yang cekap dan operasi pusat data yang lebih mampan. Teknologi Neptune menjadi komponen penting dalam perjalanan ini, memberikan pengurangan nyata dalam penggunaan tenaga pusat data dan membolehkan pelanggan mencapai matlamat kemampanan mereka tanpa menjejaskan prestasi AI.

    Memenuhi Permintaan Global untuk Infrastruktur Data yang Mampan

    Didorong oleh permintaan yang meningkat untuk AI, perkhidmatan awan, dan perkhidmatan digital canggih, pusat data di seluruh Asia Pasifik berkembang dengan pesat — begitu juga keperluan mereka terhadap tenaga. Penggunaan elektrik di rantau ini dijangka meningkat daripada 320 terawatt-jam pada tahun 2024 kepada 780 terawatt-jam menjelang tahun 2030.

    "Di seluruh Asia Pasifik, organisasi mencari infrastruktur AI yang bukan sahaja berkuasa tetapi juga lebih cekap tenaga secara asas. Neptune memberikan kelebihan itu kepada pelanggan kami. Kedudukan kami dalam senarai Top500 dan Green500 membuktikan impak nyata inovasi ini. Apabila AI berkembang, penyelesaian yang menggabungkan prestasi dengan penggunaan tenaga yang bertanggungjawab akan menentukan era pertumbuhan digital seterusnya, dan itulah yang Lenovo tawarkan," kata Kumar Mitra, Pengarah Eksekutif, Lenovo Infrastructure Solutions Group (ISG), Asia Tengah Pasifik serta Australia & New Zealand.

    Prestasi Mampan Berskala Besar

    Lenovo terus memajukan infrastruktur bersedia AI yang mampan melalui ekosistem Neptune, yang menggabungkan penyejukan air suam Terus ke Nod, Penukar Haba Pintu Belakang dan Modul Pemindahan Terma dalam reka bentuk gelung tertutup yang sangat cekap. Cecair penyejuk suam mengalir melalui plat sejuk tepat pada komponen utama, meningkat kira-kira 10–15 °C sebelum memindahkan haba melalui gelung kemudahan berasingan untuk digunakan semula, menghapuskan keperluan air sejuk sambil mengekalkan prestasi yang stabil. Digabungkan dengan pelayan Lenovo ThinkSystem dan ThinkAgile, Neptune membantu pelanggan mengurangkan penggunaan tenaga dan jumlah kos pemilikan (TCO) sambil menyokong beban kerja AI dan HPC berketumpatan tinggi yang boleh dipercayai.

    Lenovo ThinkSystem SR780a yang dikuasakan oleh Lenovo Neptune menunjukkan bagaimana penyejukan berasaskan air suam memberikan manfaat kecekapan sebenar. Sistem ini telah mencapai Keberkesanan Penggunaan Tenaga (PUE) sebanyak 1.1, menandakan pencapaian penting dalam kecekapan pusat data. PUE menunjukkan sejauh mana penggunaan tenaga digunakan untuk pengkomputeran berbanding penyejukan. Skor sempurna ialah 1.0. PUE 1.1 bermaksud 0.1 watt digunakan untuk penyejukan, tahap yang sukar dicapai dengan sistem berasaskan udara.

    Lenovo kini telah menghasilkan impak yang nyata untuk beberapa beban kerja paling mencabar di dunia. Sebagai contoh, di DreamWorks Animation, sistem HPC yang dikuasakan oleh Neptune meningkatkan prestasi sebanyak 20% sambil mengurangkan keperluan penyejukan. Teknologi ini turut dipercayai di seluruh Asia Pasifik oleh agensi meteorologi terkemuka di Korea dan Malaysia, selain universiti, organisasi penyelidikan dan pencipta kandungan digital. Penggunaan meluas ini menekankan kemampuan Neptune untuk menyokong pelbagai beban kerja AI dan HPC berketumpatan tinggi dengan cekap dan boleh dipercayai.

    Teknologi ini telah digunakan dalam beberapa superkomputer paling cekap tenaga di dunia, mengukuhkan kedudukan Lenovo sebagai peneraju dalam pengkomputeran bertanggungjawab. Neptune merupakan pemangkin utama bagi matlamat Lenovo yang lebih luas untuk membantu pelanggan membina infrastruktur bersedia AI yang berkuasa dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

    Maklumat tentang Lenovo

    Lenovo ialah kuasa teknologi global dengan pendapatan sebanyak AS$69 bilion, menduduki tangga ke-196 dalam Fortune Global 500, dan berkhidmat kepada jutaan pelanggan setiap hari di 180 pasaran. Dengan fokus kepada visi berani untuk menyampaikan Teknologi Pintar untuk Semua, Lenovo telah membina kejayaannya sebagai syarikat PC terbesar di dunia dengan portfolio menyeluruh yang merangkumi peranti yang didayakan AI, bersedia AI, dan dioptimumkan AI (PC, workstation, telefon pintar, tablet), infrastruktur (pelayan, storan, edge, pengkomputeran berprestasi tinggi dan infrastruktur berasaskan perisian), perisian, penyelesaian dan perkhidmatan. Pelaburan berterusan Lenovo dalam inovasi yang mengubah dunia membina masa depan yang lebih adil, boleh dipercayai dan pintar untuk semua orang, di mana-mana sahaja. Lenovo disenaraikan di bursa saham Hong Kong di bawah Lenovo Group Limited (HKSE: 992) (ADR: LNVGY). Untuk mengetahui lebih lanjut sila layari https://www.lenovo.com, dan baca tentang berita terkini melalui StoryHub kami.

    Hubungan Media:
    [email protected] 

    Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2833522/Lenovo_Logo.jpg?p=medium600

     

    Sumber asal: https://www.prnasia.com/asia-story/archive/4834577_MS34577_6

  • Himel Pacu Pertumbuhan Global dengan Pelancaran ALTIVO, Majukan Visi Memperkasakan Infiniti

    Himel Pacu Pertumbuhan Global dengan Pelancaran ALTIVO, Majukan Visi Memperkasakan Infiniti

    HONG KONG, 28 November 2025 /PRNewswire/ — Himel, pengilang dan pembekal produk elektrik yang diiktiraf di peringkat global, memperkukuh kehadirannya dalam segmen elektrik rumah premium menerusi pelancaran global siri peranti pendawaian ALTIVO. Sejak tahun 2024, ALTIVO berjaya dilancarkan di seluruh Bahrain, UAE, Kenya, Oman, Arab Saudi, Yaman, Indonesia dan Malaysia, memperoleh tarikan pasaran yang kukuh lantaran gabungan antara estetika moden, ketahanan jangka panjang dan prestasi elektrik andal yang seterusnya memantapkan kedudukan Himel sebagai jenama yang dipercayai untuk persekitaran kediaman dan juga komersial.

    Himel launches ALTIVO across global markets
    Himel launches ALTIVO across global markets

    Momentum ALTIVO yang semakin meningkat menggambarkan peralihan global ke arah peranti pendawaian yang memberikan ciri estetika moden, keselamatan yang andal dan kebolehgunaan harian yang dipertingkat. Direkayasa dengan plat amat nipis yang rata sepenuhnya, lima pilihan warna kontemporari dan lebih daripada 80 modul fungsian, siri ini direka untuk diintegrasikan dengan lancar ke dalam rumah moden, kawasan hospitaliti dan pembangunan komersial. Hasilnya ialah rangkaian pendawaian yang menggabungkan ketepatan reka bentuk dengan integriti elektrik yang mantap — tawaran yang semakin dicari-cari dalam pasaran yang berkembang pesat.

    "Penerimagunaan ALTIVO yang pesat merentas pelbagai wilayah menonjolkan perubahan sejagat dari segi bagaimana pengguna dan pembangun berfikir mengenai reka bentuk elektrik," kata Wenjie Qi, Pengurus Besar Perniagaan Antarabangsa di Himel. "Orang ramai tidak lagi memilih antara estetika dan keselamatan — mereka mengharapkan kedua-duanya. ALTIVO menunjukkan komitmen kami untuk menyediakan penyelesaian yang berkualiti tinggi, direka dengan baik dan mudah diakses untuk kehidupan moden."

    ALTIVO’s stylish, safety-focused wiring devices for modern living spaces
    ALTIVO’s stylish, safety-focused wiring devices for modern living spaces

    Jejak global Himel yang semakin meluas disokong oleh misinya sejak dahulu lagi untuk menjadikan penyelesaian elektrik yang andal dan direka bentuk dengan baik dapat diakses oleh khalayak yang lebih luas. Ditubuhkan di Sepanyol pada tahun 1958 — Himel membawakan estetika warisan yang terus membentuk pendekatannya terhadap elektrik rumah moden. Asas ini memperteguh falsafah Memperkasakan Infiniti (Powering Infinity) Himel bagi membolehkan orang ramai, perniagaan dan komuniti mencapai potensi mereka dengan sistem elektrik yang selamat, lestari dan sedia mendepani masa depan.

    "Bermula daripada koridor binaan dinamik Asia Tenggara hinggalah projek transformatif merentas Teluk dan Afrika Timur, siri ALTIVO adalah lebih daripada sekadar rangkaian produk — ia mencerminkan komitmen kami untuk meningkatkan ruang harian menjadi rumah impian dan pintar menerusi penyelesaian elektrik yang andal dengan reka bentuk mutakhir," kata Koon San Ang, Naib Presiden Jualan Antarabangsa di Himel.

    Melangkah ke hadapan, Himel bermatlamat untuk memajukan komitmennya dalam memperkasakan persekitaran "rumah impian" moden di seluruh dunia. Laluan ke hadapan ini menggambarkan inisiatif Memperkasakan Infiniti Himel, seterusnya memperteguh komitmen terhadap inovasi yang berterusan dan nilai yang berkekalan untuk setiap ruang yang mendapat sentuhannya.

    Untuk maklumat lanjut mengenai Himel dan siri ALTIVO, kunjungi: https://www.himel.com/gb 

     

    Sumber asal: https://www.prnasia.com/asia-story/archive/4834500_MS34500_6

  • “Straight to the Source” Kembali, Tonjol Kekayaan Warisan Makanan Taiwan

    “Straight to the Source” Kembali, Tonjol Kekayaan Warisan Makanan Taiwan

    TaiwanPlus mengundang penonton ke padang, ladang dan komuniti yang memelihara ramuan di pulau itu

    TAIPEI, 28 November 2025 /PRNewswire/ — TaiwanPlus dengan sukacitanya mempersembahkan "Straight to the Source" Musim ke-2 yang membawa penonton dalam perjalanan yang mendalam menelusuri kekayaan budaya makanan Taiwan dan penjagaan yang diperlukan untuk menghasilkannya. Siri ini meneroka bagaimana ramuan dari seluruh Taiwan diolah menjadi makanan dan produk yang menjadi nadi warisan negara. Melalui sinematografi yang menakjubkan dan imersif, rancangan ini mengabadikan dedikasi, kemahiran dan kesabaran di sebalik setiap langkah dalam proses berkenaan.

    Through stunning and immersive cinematography, the show captures the dedication, skill, and patience behind every step of the process.
    Through stunning and immersive cinematography, the show captures the dedication, skill, and patience behind every step of the process.

    Meneruskan daripada asas musim pertama, musim kedua "Straight to the Source" meneliti dengan lebih dekat bagaimana bahan-bahan mentah diproses, dengan memfokuskan pada tugas pembersihan, pembentukan, pengeringan dan pengawetan yang teliti. Amalan-amalan ini sering diturunkan daripada generasi ke generasi dan mendedahkan erti keindahan seni dan budaya di sebalik kebanyakan ramuan Taiwan yang paling digemari.

    Penerbit Yenming Lai menjelaskan, "Matlamat kami dengan ‘Straight to the Source’ adalah untuk mempersembahkan kepada penonton bahawa makanan adalah lebih daripada sekadar sesuatu untuk dimakan. Setiap ramuan mempunyai kisah dan hubungannya dengan alam sekitar. Kami mahu orang ramai melihat penjagaan dan kemahiran di sebaliknya dan menghargai budaya di sebalik setiap hidangan."

    Melalui babak yang padat dengan visual, penonton dapat melihat warna, tekstur dan bentuk ramuan semasa ia dikendalikan dan disediakan. Bermula daripada kilauan hasil segar hinggalah perincian rumit makanan buatan tangan, sinematografi menonjolkan keindahan dalam amalan seharian yang jika tidak mungkin dipandang enteng.

    Melalui semua tema ini, "Straight to the Source" bertujuan untuk memberi inspirasi kepada penonton untuk berfikir dengan cara yang berbeza mengenai makanan yang mereka makan.

    Tonton "Straight to the Source" sekarang di laman web TaiwanPlus dan saluran YouTube TaiwanPlus Docs, dengan episod-episod baharu ditayangkan setiap minggu.

    Latar Belakang TaiwanPlus
    TaiwanPlus ialah penyedia bertaraf global yang ulung bagi berita dan maklumat hibur berbahasa Inggeris dari Taiwan — menawarkan liputan berita yang boleh dipercayai, perspektif bermaklumat tentang hubungan rentas selat, berserta kandungan gaya hidup menginspirasikan yang memfokuskan pada makanan, pelancongan dan hiburan. Berbangga kerana berpangkalan di salah sebuah negara demokrasi yang paling rancak di Asia, pasukan wartawan dan penerbit kami yang pelbagai komited untuk menyampaikan berita dan cerita bebas yang memaklumkan, memberi pencerahan dan memberi inspirasi kepada penonton di seluruh dunia. Dapatkan perspektif global yang disokong oleh sudut pandangan Taiwan di laman web, aplikasi mudah alih, saluran TV dan pelbagai saluran media sosial kami.

    Sumber asal: https://www.prnasia.com/asia-story/archive/4834441_MS34441_6

  • Abu Dhabi Turf Club menjadi tuan rumah Piala Presiden UAE ke-33 untuk Kuda Baka Tulen Arab di bawah naungan Mansour bin Zayed

    Abu Dhabi Turf Club menjadi tuan rumah Piala Presiden UAE ke-33 untuk Kuda Baka Tulen Arab di bawah naungan Mansour bin Zayed

    Presiden Piala UAE untuk Kuda Baka Tulen Arab akan dijalankan pada 6 Disember, kemuncak musim 2025-2026 Kelab Turf Abu Dhabi, yang menampilkan 16 perlawanan

    Pelawat ke acara berprestij ini akan menikmati pelbagai pilihan santapan dan hiburan mewah termasuk restoran makan premium Strawfire, pemasangan imersif yang meraikan budaya dan warisan Emirati, persembahan daripada pemuzik langsung dan pertunjukan dron majlis penutup yang menakjubkan

    ABU DHABI, UAE, 28 November 2025 /PRNewswire/ — Di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan, Naib Presiden UAE, Timbalan Perdana Menteri, Ketua Mahkamah Presiden, dan Pengerusi Kelab Ekuestrian Abu Dhabi (ADEC), Kelab Turf Abu Dhabi (ADTC) akan mengadakan perlumbaan ke-33 Piala Presiden UAE untuk Kuda Baka Tulen Arab pada 6 Disember 2025.

     

    Abu Dhabi Turf Club to host 33rd UAE President Cup for Arabian Purebred Horses under the patronage of Mansour bin Zayed

    Peraduan Kumpulan 1 sepanjang 2200 meter adalah acara utama musim ini, yang terkenal dengan prestij, dana hadiah rekod, dan persaingan sengit di kalangan kuda juara. Ia akan mengumpulkan joki elit dan Baka Tulen Arab terbaik untuk bersaing merebut sebahagian daripada jumlah dana hadiah sebanyak AED 10.8 juta, dengan peminat perlumbaan di seluruh dunia bersedia untuk mengikuti aksi tersebut. Mesyuarat ini diiktiraf sebagai malam terkaya dalam musim Kelab Turf Abu Dhabi. Ia akan menampilkan Presiden UAE Cup for Arabian Purebred bersama perlumbaan berprofil tinggi lain, termasuk Kumpulan 3 Yass Sprint, UAE Breeders Cup, dan Abu Dhabi Derby.

    Almarhum Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan merasmikan edisi pertama Piala Presiden UAE untuk Kuda Baka Tulen Arab pada tahun 1994, menegaskan kepentingan baka ini, mempamerkan kualiti yang luar biasa di trek, dan memelihara warisan ini sebagai sebahagian daripada tradisi negara.

    Yang Mulia Eng. Ali Al Shaiba, Ketua Pengarah Kelab Ekuestrian Abu Dhabi dan Kelab Turf Abu Dhabi, menyatakan bahawa sokongan kepimpinan terhadap kuda baka tulen Arab telah memainkan peranan penting dalam memulihkan kedudukan mereka, meningkatkan keunggulan mereka, dan meningkatkan kehadiran mereka di pentas antarabangsa. Beliau mengucapkan terima kasih atas penaung dan sokongan Yang Mulia Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan untuk Presiden Piala UAE untuk Kuda Baka Tulen Arab.

    Beliau berkata: "Di Kelab Turf Abu Dhabi, kami berbangga menjadi tuan rumah Presiden Piala UAE untuk Kuda Baka Tulen Arab setiap tahun. Acara yang dihargai ini mencerminkan tempat kuda Arab yang berakar umbi di hati rakyat Emiriyah dan mengukuhkan hubungan mereka dengan warisan perlumbaan."

    Beliau menambah: "Selama lebih daripada tiga dekad, Piala berprestij ini telah membawa mesej yang membanggakan tentang nilai-nilai berkuda masyarakat kita yang berkekalan. Ia kekal sebagai pentas utama dunia untuk perlumbaan Baka Tulen Arab, menyatukan kuda-kuda terbaik, pemilik terkenal, joki elit, dan jurulatih terbaik, semuanya bersaing untuk mendapat penghormatan mengangkat gelaran yang diidamkan ini."

    Pelawat boleh menjangkakan barisan hiburan penuh yang mempamerkan warisan dan budaya Emiriyah. Kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun, dijemput untuk menyertai Pertandingan Pakaian Kebangsaan Emirati dan peminat fotografi boleh menyertai Pertandingan Foto Piala Presiden UAE. Diilhamkan oleh motif Masjid Besar Sheikh Zayed, jalsa yang mendalam akan memberikan pengalaman visual yang artistik.

    Bagi peminat gourmet, Strawfire, restoran premium dari Emirates Palace Mandarin Oriental, akan menawarkan menu yang dipilih khas. Barisan hiburan yang pelbagai menampilkan persembahan tradisional yang mempamerkan warisan UAE. Pertunjukan dron yang menakjubkan akan membawa sambutan ke acara kemuncak, menerangi langit dan menawan hati setiap tetamu.

    Video: https://mma.prnasia.com/media2/2833629/Abu_Dhabi_Turf_Club.mp4
    Photo: https://mma.prnasia.com/media2/2833628/Abu_Dhabi_Turf_Club.jpg?p=medium600

    33rd UAE President Cup 2025
    33rd UAE President Cup 2025

    Sumber asal: https://www.prnasia.com/asia-story/archive/4834600_MS34600_6

  • Xinhua Silk Road: Hainan bakal anjur persidangan pertukaran-bakat pada Disember

    Xinhua Silk Road: Hainan bakal anjur persidangan pertukaran-bakat pada Disember

    BEIJING, 28 November 2025 /PRNewswire/ — Persidangan Pertukaran Bakat Antarabangsa China (Hainan) kali kedua akan diadakan di Haikou, ibu kota Wilayah Hainan, selatan China, mulai 6 hingga 7 Disember, seperti yang diumumkan oleh pihak berkuasa tempatan pada hari Selasa.

    Bertemakan "Menyokong Operasi Kastam Khas dan Bersama-sama Membina Hab Bakat," acara ini akan menjadi acara pertukaran bakat terbesar yang pernah diadakan di Hainan, yang berlangsung menjelang pelancaran penuh operasi kastam khas seluruh pulau di wilayah berkenaan pada 18 Disember. Persidangan ini turut berlangsung serentak dengan tahun terakhir Pelan Tindakan Pengambilan Sejuta Bakat wilayah tersebut.

    Zhang Yuhui, ketua biro pengurusan bakat wilayah Hainan, berkata bahawa penganjuran persidangan pada waktu yang kritikal ini menunjukkan keazaman Hainan untuk membina sebuah hab bakat dan inovasi teknologi dan untuk menambah baik dasar bakatnya yang terbuka dan fleksibel.

    Menurut pihak penganjur, persidangan ini akan memfokuskan pada tiga aspek: memaparkan pencapaian, menggalakkan integrasi dan meluaskan kerjasama. Ia akan mengeluarkan hasil utama daripada pelan tindakan, mengetengahkan sumbangan profesional kepada pembangunan Pelabuhan Perdagangan Bebas (FTP) dan menggariskan hala tuju dasar pada masa akan datang.

    Acara ini akan mewujudkan platform pertukaran untuk sektor-sektor utama seperti pembiakbakaan benih, teknologi laut dalam, aeroangkasa, ekonomi digital serta pembangunan hijau rendah karbon, memudahkan dialog, perkongsian ilmu pengetahuan dan pengkomersialan hasil penyelidikan bagi menggalakkan integrasi bakat dan industri yang lebih mendalam.

    Dengan memanfaatkan kelebihan ekologi unik Hainan dan rangka kerja dasar FTP, persidangan ini juga akan menggalakkan kerjasama yang lebih mendalam dengan Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Macau dan wilayah-wilayah lain melalui pengambilan bakat yang terkoordinasi, penjajaran dasar serta perkongsian sumber.

    Zhang menyatakan bahawa persidangan pada tahun ini akan menyaksikan penyertaan peringkat tinggi dan integrasi silang sektor yang mantap dan akan mempunyai pandangan antarabangsa. Para pegawai kanan, pakar-pakar terkemuka dalam pelbagai bidang dan wakil-wakil organisasi antarabangsa serta syarikat multinasional dijadualkan hadir.

    Beberapa aktiviti, termasuk ucapan, sesi pemadanan industri dan acara pengambilan bakat akan memupuk kerjasama antara taman industri yang utama dan golongan profesional mahir. Persidangan ini juga akan memanfaatkan saluran komunikasi berbilang bahasa bagi meluaskan jangkauan globalnya dan meningkatkan keupayaan Hainan untuk menarik minat bakat dari serata dunia.

    Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/348500.html

    Sumber asal: https://www.prnasia.com/asia-story/archive/4834463_MS34463_6

  • IMS25 Mengadakan Pemimpin Pemikiran Global di Riyadh apabila Penyertaan Rekod dan Pengumuman Utama Membentuk Masa Depan Industri MICE

    IMS25 Mengadakan Pemimpin Pemikiran Global di Riyadh apabila Penyertaan Rekod dan Pengumuman Utama Membentuk Masa Depan Industri MICE

    • Lebih 3,000 pemimpin global dari 76 negara menghadiri IMS25, melebihi jangkaan dan menandakan edisi terbesar sidang kemuncak setakat ini
    • IMS25 menyampaikan gelombang utama pengumuman pelaburan, mendedahkan 20 perjanjian komersial dan MoU yang melibatkan syarikat dengan hasil global gabungan lebih daripada USD 9 bilion
    • 90+ penceramah dan moderator dari 21 negara menyampaikan 22 sesi pleno dan 4 bengkel, menekankan peranan sidang kemuncak sebagai platform global untuk kepimpinan pemikiran industri

    RIYADH, Arab Saudi, 27 November 2025 /PRNewswire/ — Sidang Kemuncak Antarabangsa MICE 2025 (IMS25) berakhir hari ini di Riyadh selepas dua hari perbincangan peringkat tinggi, pengumuman strategik dan kerjasama global, mengukuhkan kedudukan Arab Saudi sebagai salah satu hab yang paling pesat berkembang di dunia untuk industri Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (MICE).

    SCEGA CEO Hatim Al-Kahily
    SCEGA CEO Hatim Al-Kahily

    Dihoskan oleh Pihak Berkuasa Umum Konvensyen dan Pameran Arab Saudi (SCEGA), sidang kemuncak itu menarik lebih daripada 3,000 peserta, jauh melebihi jangkaan. Pegawai kerajaan, CEO global, pemimpin tempat, inovator industri kreatif, dan pakar pelancongan berkumpul untuk meneroka masa depan persidangan antarabangsa dan peranan acara perniagaan yang semakin meningkat dalam memacu transformasi ekonomi dan sosial di bawah Wawasan 2030.

    Sepanjang kedua-dua hari, IMS25 menyampaikan gelombang utama pengumuman pelaburan, mendedahkan 20 perjanjian komersial dan MoU yang melibatkan syarikat dengan hasil global gabungan lebih daripada USD 9 bilion.

    Acara ini dihadiri 90+ penceramah dan moderator dari syarikat-syarikat sektor MICE terkemuka di dunia, menyumbang kepada lebih daripada 10,000 pemimpin pemikiran global dan pakar-pakar yang telah mengambil bahagian sebagai penceramah di acara-acara di seluruh Kerajaan setakat ini.

    Penceramah IMS termasuk senarai pemimpin pemikiran global yang luar biasa yang mengkaji masa depan industri acara, reka bentuk tempat yang mampan, inovasi, pembangunan bakat, dan peranan MICE dalam kemajuan ekonomi global. Antaranya ialah beberapa suara kerajaan yang paling berpengaruh dalam sektor ini, termasuk:

    • Duli Yang Teramat Mulia Putera Faisal bin Bandar bin Sultan Al Saud, Pengerusi Persekutuan Esukan Arab Saudi, yang menekankan pengaruh acara mega esukan yang semakin meningkat;
    • Fahd Hamidaddin, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pelancongan Arab Saudi;
    • Noha Kattan, Timbalan Menteri Perkongsian dan Pembangunan Nasional di Kementerian Kebudayaan;
    • Mohammed Ahmed Al Robayan, Timbalan Menteri Teknologi, Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat;
    • Khalid Alkhattaf, Ketua Pegawai Eksekutif, Pelaburan Saudi, Agensi Promosi (sipa).

    Mereka disertai oleh pemimpin kanan dari Messe Frankfurt, MCH Group, Compexposium, Honegger, Terrapinn, RX Global, OVG, Messe München, Koelnmesse, Clarion Events, GL Events, UFI, ICCA, dmg events, Sela, AIPC, FT Live, World Football Summit, dan penganjur antarabangsa utama yang lain, mencerminkan impak dan jangkauan global sidang kemuncak ini.

    IMS25 berjaya mempercepatkan integrasi global Kerajaan dalam sektor acara melalui gelombang perkongsian dan pelaburan baharu. Enam penganjur antarabangsa utama-Messe Frankfurt, Koelnmesse, MCH Group, Oak View Group (OVG), Comexposium, dan Honegger mengumumkan rancangan untuk memasuki pasaran Saudi melalui pelbagai inisiatif baharu dan pembukaan pejabat di Riyadh, menandakan keyakinan yang semakin meningkat terhadap kebangkitan Arab Saudi sebagai hab persidangan bertaraf dunia. Richard Attias & Associates (raa) juga mengumumkan niat mereka untuk menyenaraikan secara terbuka di Bursa Saudi (Tadawul) pada tahun 2026, seterusnya mengukuhkan komitmen mereka kepada Kerajaan.

    Sidang kemuncak ini juga memperkenalkan pelancaran acara baharu utama, termasuk BAUMA Arab Saudi oleh Messe München dan MIPIM Arab oleh RX Global, dilengkapi dengan perkongsian yang diperluaskan dengan GL Events, Clarion, acara DMG, dan Koelnmesse. Momentum selanjutnya datang daripada enam MoU kerajaan yang merangkumi pembangunan negara, pengurusan air, penyelidikan sosial, dan penyertaan orang kurang upaya, di samping rancangan untuk pusat konvensyen pelbagai guna utama di Jizan dalam Projek Jaydana Waterfront bernilai USD2.9 bilion.

    Merenungkan kesimpulan sidang kemuncak itu, Hatim Alkahily, Ketua Pegawai Eksekutif SCEGA, berkata: "Dengan mengadakan lebih daripada 3000 pemikir dan pemimpin industri terkemuka dunia, IMS25 telah memangkinkan perkongsian bernilai tinggi baharu antara pemain global dan menonjolkan kedalaman kepakaran yang memacu sektor acara perniagaan Arab Saudi. Perkongsian, pelaburan, dan idea yang dikongsi selama dua hari ini akan mengukuhkan infrastruktur kami dan memperkasakan bakat Arab Saudi, mempercepatkan Wawasan 2030 dan mengukuhkan kedudukan Arab Saudi sebagai tuan rumah dunia dalam era peristiwa global baharu."

    Sidang kemuncak ini ditutup dengan sesi pandang ke hadapan mengenai kelestarian, kluster inovasi, pembangunan tempat generasi akan datang, dan gala yang mengiktiraf kecemerlangan merentasi industri acara global.

    Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2833736/SCEGA_CEO_Hatim_Al_Kahily.jpg?p=medium600

     

     

    Sumber asal: https://www.prnasia.com/asia-story/archive/4834695_MS34695_6

  • Persidangan Understanding China 2025 Bakal Bermula di Guangzhou, Serlahkan Visi Pemodenan China dan Tadbir Urus Global

    Persidangan Understanding China 2025 Bakal Bermula di Guangzhou, Serlahkan Visi Pemodenan China dan Tadbir Urus Global

    GUANGZHOU, China, 27 November 2025 /PRNewswire/ — Persidangan Understanding China 2025 ("Persidangan") dijadualkan bermula pada 30 November di Guangzhou yang akan menghimpunkan negarawan global, cendekiawan, pemimpin industri dan wakil organisasi antarabangsa bagi meneroka tema Pelan Baharu, Pembangunan Baharu, Pilihan Baharu — Pemodenan Cina dan Visi Baharu untuk Tadbir Urus Global. Acara penting ini akan menyelami kepentingan global Rancangan Lima Tahun ke-15, laluan inovatif untuk pemodenan Cina, peluang baru muncul untuk kemajuan dunia dan tindakan kolaboratif di bawah Inisiatif Tadbir Urus Global.

    2025 Understanding China Conference to Kick Off in Guangzhou, Illuminating Chinese Modernization and Global Governance Vision

    Anjuran bersama China Institute for Innovation & Development Strategy (CIIDS), Chinese People’s Institute of Foreign Affairs (CPIFA) dan Kerajaan Rakyat Wilayah Guangdong dan dihoskan oleh Kerajaan Rakyat Perbandaran Guangzhou, persidangan yang berlangsung selama tiga hari ini akan mempersembahkan upacara pembukaan, ucapan kepimpinan, ucapan dasar, dialog tetamu, empat seminar selari, 19 forum tematik, tiga dialog Kawasan Teluk Besar, lima seminar tertutup dan beberapa aktiviti sokongan. Semua sesi kecuali seminar tertutup akan dibuka kepada media bagi memupuk pertukaran antarabangsa yang telus.

    2025 Understanding China Conference to Kick Off in Guangzhou, Illuminating Chinese Modernization and Global Governance Vision
    2025 Understanding China Conference to Kick Off in Guangzhou, Illuminating Chinese Modernization and Global Governance Vision

    Setakat ini, kira-kira 200 wakil antarabangsa dari 72 negara dan wilayah, termasuk Hong Kong dan Macau mengesahkan kehadiran, dengan 70% dari negara-negara Selatan Global dan 70% hadir buat kali pertama. Para peserta di lapangan melibatkan tujuh bekas negarawan pada peringkat naib perdana menteri atau lebih tinggi, 11 pada peringkat menteri dan lima utusan asing dan wakil organisasi antarabangsa di China. Lebih 300 tetamu Cina akan menyampaikan ucapan, menjadikan jumlah keseluruhan kepada kira-kira 800 peserta. Acara pada tahun ini menonjol lantaran jangkauan geografi dan keterwakilan yang luas, lantas memantapkan peranan persidangan ini sebagai platform penting untuk suara-suara Selatan Global memanfaatkan kejayaan pemodenan China dan memajukan komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama untuk umat manusia.

    Kerangka tematik mengetengahkan empat aspek utama:

    • mempromosikan Rancangan Lima Tahun ke-15 sambil mengkaji semula Rancangan ke-14;
    • memaparkan implikasi global daripada pemodenan Cina;
    • menyebarkan empat inisiatif global China yang utama dan sumbangannya;
    • dan menonjolkan Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Macau sebagai puncak reformasi dan keterbukaan.

    Aktiviti-aktiviti sokongan di bawah Understanding Guangzhou akan melibatkan pameran Guangzhou: A City that Beautifies the World (Guangzhou: Bandar yang Memperindah Dunia) dan Tasting Guangzhou, Walking along the Pearl River (Merasai Guangzhou, Menyusuri sepanjang Sungai Mutiara), mengundang tetamu untuk menyaksikan amalan pemodenan Cina yang meriah.

    Sejak pelancarannya pada tahun 2013, Persidangan ini berkembang menjadi forum ulung untuk mentafsirkan strategi China dan resonansi globalnya, seterusnya menggalakkan dialog inklusif dalam era perubahan yang mendalam.

    Sumber asal: https://www.prnasia.com/asia-story/archive/4833837_MS33837_6

  • Pengembangan Global DAHON: Seruan Berkolaborasi melalui Peluang Baharu

    Pengembangan Global DAHON: Seruan Berkolaborasi melalui Peluang Baharu

    TIANJIN, China, 27 November 2025 /PRNewswire/ — DAHON, pembuat basikal lipat yang terbesar di dunia, memulakan penampilan sulung perdagangan Hong Kong menerusi IPO subsidiarinya, DAHON Tech (Kod Saham: 02543.HK), di Papan Utama Bursa Saham Hong Kong.

    Dengan kadar lebihan langganan sebanyak 7,558 kali, pengamal media mengiktirafnya sebagai penyenaraian paling terlebih langgan seumpamanya di Hong Kong.

    Dr. David Hon, founder and CEO of DAHON, rings the Listing Gong
    Dr. David Hon, founder and CEO of DAHON, rings the Listing Gong

    Kejayaan penyenaraian ini mendorong DAHON dengan asas modal yang lebih kukuh untuk memajukan misinya dalam inovasi mobiliti hijau. Inisiatif utama pertamanya memerlukan perikatan yang strategik dengan Golden Wheel Group bagi menubuhkan sebuah syarikat baharu Dagold Technology di Tianjin, China.

    Dr. Hon and the CEO of Golden Wheel Group at the Grand Opening of Dagold Technology
    Dr. Hon and the CEO of Golden Wheel Group at the Grand Opening of Dagold Technology

    Dr. Hon and the CEO of Golden Wheel Group at the Grand Opening of Dagold Technology
    Dr. Hon and the CEO of Golden Wheel Group at the Grand Opening of Dagold Technology

    Kilang baharu ini akan menawarkan kelebihan kos serantau bagi mengilangkan barisan produk aras permulaan, lantas membolehkan DAHON memperluas jangkauan pasarannya dan memenuhi pelbagai keperluan pengguna.

    Bagi memaksimumkan nilai bagi pihak berkepentingannya, DAHON mengumumkan trajektori pertumbuhannya dalam tiga hala tuju teras:

    1. Membina Pasukan Elit Global
      Bagi melibatkan firma-firma perunding antarabangsa yang terkemuka untuk memperkukuh kehadiran jenama global, strategi pemasaran digital dan perancangan yang komprehensif untuk mengusahakan pengaruh pasaran yang lebih kukuh.
    2. Penaiktarafan Teknologi dan Pemupukan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
      Bagi memantapkan inisiatif pembangunan bakat dengan perkongsian yang diperkukuh dengan universiti-universiti yang bertujuan untuk memupuk golongan profesional berkaliber tinggi dalam pembuatan basikal.
    3. Pengembangan Ekosistem Teknologi DELTECH
      Teknologi DELTECH proprietari DAHON meningkatkan ketegaran rangka basikal dengan ketara, menawarkan kelebihan daya saing dari segi kelajuan dan prestasi. Teknologi yang dipatenkan ini akan berfungsi sebagai asas untuk meningkatkan semua barisan produk ke peringkat seterusnya.
    4. Peluang Kolaboratif dalam Industri
      Meneruskan perkongsian yang aktif dengan syarikat-syarikat terkemuka di seluruh dunia dalam beberapa bidang utama:
      • Institusi R&D untuk kerjasama teknikal.
      • Pengedar dan Ejen untuk hak produk eksklusif dan peluang penjenamaan bersama.
      • Pembekal Berkualiti Tinggi untuk mengukuhkan rantaian bekalannya dan meningkatkan standard perkhidmatan.
      • Pengambilan Golongan Profesional Berbakat
        Dengan tiga orang berkelulusan PhD yang sudahpun terlibat dalam Pasukan R&D DAHON, DAHON berusaha untuk menarik bakat penyelidikan dan pengurusan yang cemerlang di peringkat global, komited terhadap pembangunan globalnya.

    Mengapa Pilih DAHON?

    • Mendahului Pasaran: Menduduki kedudukan pertama bagi jualan basikal lipat global pada tahun 2024 dan memegang paten basikal lipat terbanyak di China.
    • Kebingkasan Terbukti: Prestasi yang kukuh walaupun dalam pasaran mencabar yang memperlihatkan keteguhannya.
    • Pengendorsan Modal: Kejayaan penyenaraian di Hong Kong memiliki barisan pelabur asas yang kukuh dan aliran tunai yang besar.

    Untuk pertanyaan, sila hubungi: 

    DAHON Marketing
    Emel: [email protected]

    Sumber asal: https://www.prnasia.com/asia-story/archive/4833789_MS33789_6

  • Konsep mikromobiliti baharu bagi peningkatan kelestarian dalam lalu lintas bandar: BMW Group berikan lesen kepada LUYUAN Group

    Konsep mikromobiliti baharu bagi peningkatan kelestarian dalam lalu lintas bandar: BMW Group berikan lesen kepada LUYUAN Group

    HANGZHOU, China, 27 November 2025 /PRNewswire/ — BMW Group memberikan lesen secara rasmi bagi dua konsep mikromobilitinya kepada rakan kongsi, LUYUAN Group, semasa majlis menandatangani perjanjian pada hari ini. Konsep berlesen ini, "Dynamic Cargo" ("Kargo Dinamik") dan "Clever Commute" ("Ulang-Alik Bijak") dibangunkan oleh BMW Group bagi menangani cabaran dalam mobiliti bandar.


    "Dynamic Cargo" ialah basikal kargo beroda tiga elektrik gaya "pikap" yang mengekalkan ketangkasan basikal konvensional sekali gus menawarkan pilihan pengangkutan yang inovatif dan selamat, selain ditingkatkan dengan sistem perlindungan cuaca modular pilihan. "Clever Commute" pula merupakan skuter tendang elektrik "batuan akhir" yang sempurna, direka untuk dilipat dengan mudah agar boleh dibawa dalam pengangkutan awam atau di dalam kereta tanpa menjejaskan kestabilan tunggangan.

    LUYUAN berhasrat untuk memanfaatkan teknologi berlesen ini bagi membangunkan kenderaan mobiliti ringan untuk pelbagai senario mobiliti bandar dan menembusi pasaran global di bawah jenama-jenamanya sendiri.

    Sebagai perintis dalam industri kenderaan dua roda elektrik China, LUYUAN komited terhadap konsepnya untuk "mencipta mobiliti ringan yang lebih baik melalui teknologi". Setakat ini, LUYUAN menyediakan penyelesaian mobiliti ringan kepada lebih 30 juta pengguna di lebih 80 negara dan wilayah.

    Dr. Jochen Karg, Ketua Konsep Kenderaan dalam BMW Group, menyatakan: "Kami dengan sukacitanya memberikan hak konsep Dynamic Cargo dan Clever Commute kepada Luyuan yang merupakan sebahagian daripada inisiatif kami yang memfokuskan pada masa depan mobiliti bandar. BMW Group berkolaborasi dengan bandar-bandar selama bertahun-tahun dan memahami pelbagai cabaran yang dihadapi oleh kawasan bandar, termasuk emisi CO2, kesesakan lalu lintas dan ruang awam yang terhad. Melalui pendekatan kolaboratif kami, kami bermatlamat untuk menyumbang kepada sistem pengangkutan mesra bandar dengan meningkatkan kesalinghubungan mobiliti bandar, mempromosikan penyelesaian mikromobiliti untuk batuan akhir dan menggalakkan perubahan tingkah laku mobiliti."

    Cik Hu Jihong, Ketua Pegawai Eksekutif LUYUAN Group, menyatakan: "Perkongsian bersama BMW Group ini merupakan satu langkah yang penting dalam strategi global kami. Kami membina sebuah ekosistem teknologi dengan menggabungkan keupayaan dalaman kami dengan rakan kongsi bertaraf dunia. Bagi memastikan produk-produk kami memenuhi piawaian Eropah yang ketat, kami melantik studio inovasi BMW Group, Designworks dan firma kejuruteraan Jerman dalam sistem pembekal BMW—— Faissner Petermeier Fahrzeugtechnik AG bagi tujuan pembangunan produk di Munich. Pendekatan ini menggabungkan ‘Pembuatan Pintar’ China dengan teknologi rakan kongsi bagi menyampaikan produk-produk yang hebat dan disesuaikan secara tempatan kepada pelanggan di seluruh dunia."

    Sumber asal: https://www.prnasia.com/asia-story/archive/4833727_MS33727_6

  • LAPORAN TERBAHARU GSMA MEMPERINGATKAN BAHAWA PERATURAN KESELAMATAN SIBER YANG BERCELARU MENINGKATKAN KOS DAN RISIKO BAGI PENGENDALI RANGKAIAN MUDAH ALIH

    LAPORAN TERBAHARU GSMA MEMPERINGATKAN BAHAWA PERATURAN KESELAMATAN SIBER YANG BERCELARU MENINGKATKAN KOS DAN RISIKO BAGI PENGENDALI RANGKAIAN MUDAH ALIH

    Industri rangkaian mudah alih, dengan sokongan GSMA, menyeru agar rangka kerja dasar yang diselaraskan, berasaskan risiko dan lebih kolaboratif dilaksanakan bagi memperkukuh ketahanan siber di peringkat global.

    DOHA, Qatar, 27 November 2025 /PRNewswire/ — GSMA hari ini menerbitkan satu kajian bebas baharu bertajuk "Kesan Peraturan Keselamatan Siber ke atas Pengendali Rangkaian Mudah Alih (The Impact of Cybersecurity Regulation on Mobile Operators)", yang mendedahkan bahawa pengendali mudah alih kini membelanjakan antara AS$15–19 bilion setahun bagi aktiviti teras keselamatan siber — jumlah yang dijangka meningkat kepada AS$40–42 bilion menjelang tahun 2030. Walaupun pelaburan besar ini, pengendali rangkaian mudah alih, tulang belakang ekonomi digital di seluruh dunia terus terkesan oleh peraturan yang lemah reka bentuknya, tidak selaras atau terlalu preskriptif. Keadaan ini membawa kepada kos yang tidak perlu, mengalihkan sumber daripada usaha mitigasi risiko yang sebenar, dan dalam sesetengah keadaan turut meningkatkan pendedahan terhadap ancaman siber.

    Michaela Angonius, Ketua Dasar dan Peraturan GSMA, berkata: "Rangkaian mudah alih ialah nadi utama dunia digital. Ketika ancaman siber semakin kompleks, pengendali sudah pun melabur besar untuk melindungi pengguna dan masyarakat – tetapi peraturan perlu menjadi pemangkin, bukan penghalang. Laporan ini menunjukkan bahawa rangka kerja keselamatan siber paling berkesan apabila ia selaras, berasaskan penilaian risiko dan dibina atas kepercayaan. Jika digubal tanpa teliti, peraturan bukan sahaja membebankan, malah boleh mengalihkan tumpuan daripada usaha keselamatan sebenar kepada sekadar memenuhi syarat di atas kertas."

    Perspektif global
    Dibangunkan dengan kerjasama Frontier Economics, laporan ini berdasarkan analisis ekonomi serta temubual dengan pengendali dari rantau Afrika, Asia Pasifik, Eropah, Amerika Latin, Timur Tengah dan Amerika Utara. Laporan ini menekankan cara perubahan pantas dalam ancaman siber meningkatkan kos dan kerumitan bagi pengendali mudah alih di seluruh dunia, menjadikan kerjasama antara kerajaan di pelbagai bidang kuasa dan penglibatan dengan industri sebagai elemen penting untuk mengelakkan kos tidak perlu bagi pengendali yang beroperasi di pelbagai pasaran.

    Ketidakselarasan dasar membebankan secara tidak perlu:
    Kajian ini mengenal pasti pelbagai cabaran di pasaran, termasuk:

    • Peraturan yang bercelaru dan tidak konsisten, memaksa pengendali mematuhi keperluan yang bertindih atau bercanggah daripada pelbagai agensi.
    • Proliferasi kewajipan pelaporan, yang kadang-kadang memerlukan insiden yang sama dilaporkan berkali-kali dalam format berbeza.
    • Peraturan preskriptif berbentuk ‘tanda semak’ yang mewajibkan penggunaan alat atau proses tertentu tanpa menumpukan pada hasil keselamatan sebenar di lapangan.

    Seorang pengendali melaporkan bahawa sehingga 80% masa pasukan operasi keselamatan siber mereka dihabiskan untuk audit dan tugasan pematuhan, bukannya untuk pengesanan ancaman atau tindak balas insiden.

    Walaupun menghadapi tekanan ini, pengendali menekankan bahawa memastikan rangkaian mudah alih selamat dan terjamin adalah keutamaan bagi pelanggan mereka serta masyarakat secara keseluruhan dalam dunia yang semakin bersambung secara digital.

    Enam prinsip untuk peraturan keselamatan siber yang berkesan:
    Laporan ini menggariskan rangka kerja panduan untuk kerajaan dan pembuat dasar membina sistem keselamatan siber yang lebih selamat dan efisien, serta merangka dasar keselamatan siber berdasarkan enam prinsip utama:

    • Pengharmonian: Selaraskan dasar keselamatan siber dengan piawaian antarabangsa apabila boleh, bagi mengurangkan perpecahan dan ketidakselarasan peraturan.
    • Ketekalan: Pastikan dasar dan rangka kerja baharu selaras dengan dasar sedia ada bagi mengelakkan pengulangan atau pertindihan.
    • Berasaskan risiko dan hasil: Gunakan pendekatan berasaskan risiko dan hasil dalam merangka serta melaksanakan peraturan keselamatan siber, memberi pengendali fleksibiliti untuk berinovasi.
    • Kerjasama: Galakkan budaya peraturan yang kolaboratif bersama industri, disokong oleh perkongsian maklumat ancaman yang selamat.
    • Keselamatan mengikut reka bentuk: Menggalakkan pendekatan proaktif, keselamatan mengikut reka bentuk untuk mengurangkan risiko siber.
    • Peningkatan kapasiti: Kukuhkan keupayaan institusi pihak berkuasa keselamatan siber bagi memastikan pendekatan menyeluruh kerajaan dan pelaksanaan dasar serta peraturan yang berkesan.

    Laporan ini memberi amaran bahawa pendekatan unilateral dan bercelaru meningkatkan kelemahan serta mewujudkan ketidakcekapan bagi pengendali global.

    Michaela Angonius menambah: "Keselamatan siber adalah tanggungjawab bersama. Bagi melindungi rakyat dan perkhidmatan masyarakat yang kritikal, pengawal selia dan pengendali perlu bekerjasama dengan berpandukan satu set prinsip bersama. Apabila dasar jelas dan berfokus kepada hasil, keseluruhan ekosistem digital menjadi lebih selamat."

    Seruan untuk tindakan global yang diselaraskan:
    Industri mudah alih, dengan sokongan GSMA, menyeru kerajaan dan pengawal selia untuk mengurangkan beban tidak perlu ke atas pengendali mudah alih dengan bekerjasama dan membangunkan rangka kerja serta mekanisme yang dipercayai, yang menyokong inovasi dan memastikan rangkaian mudah alih kekal selamat, tahan lasak dan mampu menyokong perkhidmatan digital yang semakin menjadi keperluan masyarakat.

    Untuk maklumat lanjut dan mengakses laporan penuh, lihat di sini.

    Maklumat tentang GSMA

    GSMA ialah sebuah organisasi global yang menyatukan ekosistem mudah alih untuk meneroka, membangunkan dan menyampaikan inovasi yang menjadi asas kepada persekitaran perniagaan yang positif dan perubahan dalam masyarakat. Visi kami adalah untuk membuka sepenuhnya kuasa penyambungan agar orang ramai, industri dan masyarakat dapat berkembang maju. Mewakili operator mudah alih dan organisasi di seluruh ekosistem mudah alih dan industri berdekatan, GSMA memberikan manfaat kepada ahlinya melalui tiga tonggak utama: Penyambungan untuk Kebaikan, Perkhidmatan dan Penyelesaian Industri dan Jangkauan. Aktiviti ini merangkumi memajukan dasar, menangani cabaran masyarakat terbesar hari ini, menyokong teknologi dan kebolehoperasian yang menjadikan peranti mudah alih berfungsi dan menyediakan platform terbesar di dunia untuk mengumpulkan ekosistem mudah alih dalam siri acara MWC dan M360.

    Kami menjemput anda untuk mengetahui lebih lanjut di gsma.com

    Maklumat tentang Frontier Economics

    Frontier Economics ialah firma perundingan ekonomi khusus bertaraf antarabangsa, yang menggunakan prinsip ekonomi untuk memberikan nasihat dan analisis yang jelas mengenai isu-isu kompleks kepada banyak syarikat terbesar di dunia, pengawal selia sektor terkemuka, jabatan kerajaan dan organisasi antarabangsa. Dengan lebih 350 kakitangan di Dublin, Amsterdam, Berlin, Brussels, Cologne, London, Madrid, Paris dan Prague, Frontier Economics ialah salah satu firma perundingan ekonomi terbesar dan paling berpengaruh di Eropah, dengan pakar merentasi pelbagai industri termasuk pasaran digital, telekomunikasi, tenaga, pengangkutan, pos, air dan kesihatan. Frontier bekerjasama rapat dengan syarikat kembarnya yang beroperasi secara berasingan dari segi perundangan, iaitu Frontier Economics Australia.

    www.frontier-economics.com

    Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1882833/5642042/GSMA_Logo.jpg?p=medium600

     

    Sumber asal: https://www.prnasia.com/asia-story/archive/4833769_MS33769_6